Selamat bercuti dan menyiapkan semua tugasan yang telah diberi. Ingat, kejayaan tidak datang bergolek dan pasti perlu pengorbanan. Fokus pada apa yang anda buat!

Kerja Musim Cuti Penggal Pertama Minggu Pertama (24-31 Mei 2008)

Kertas 1

Bahagian A (30 Markah)                                                                                                                Masa yang dicadang: 45 minit

Baca petikan di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang kesesakan jalan raya di bandar raya terutama pada waktu puncak berdasarkan petikan tersebut. Panjang huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

 

 

Pengangkutan Awam Perlu Dipertingkat untuk Mengelakkan Kesesakan

    Cadangan dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk mengenakan caj kepada semua kenderaan yang masuk ke pusat bandar bagi mengurangkan kesesakan jalan raya terutama pada waktu puncak sepatutnya sudah lama dilaksanakan. Beberapa buah negara seperti London, Stockholm dan Singapura terbukti berjaya mengurangkan kesesakan pada waktu puncak selepas kaedah itu diperkenalkan.

    Sama ada skim yang dikenali sebagai Caj Kesesakan di London, Caj Pengguna Jalan di Stockholm atau Caj Elektronik di Singapura, matlamatnya sama, iaitu untuk menggalakkan pengguna menggunakan pengangkutan awam atau berkongsi kenderaan untuk mengurangkan kesesakan di bandar raya.

 

 

 

 

 

 

 

 

Bahagian B (100 markah)                                                                                           Masa yang dicadang: 1 jam 30 minit

Tulis sebuah karangan daripada soalan di bawah yang panjangnya lebih daripada 350 patah perkataan.

Pembentukan keluarga yang bahagia bergantung kepada peranan ibu bapa. Berikan pendapat anda tentang penyataan ini.

 

_________________________________________________________________________________________________________________

 

Kerja Musim Cuti Penggal Pertama Minnggu Kedua (1-7 Jun 2008)

Kertas 2

Soalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa (30 markah)

(a) Tulis satu ayat daripada perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan maksudnya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan serta menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa dan nama khas.

(i)    harum

(ii)    mengharum

(iii)    mengharumkan

(iv)    mengharumi

(v)    keharuman

(vi)    haruman

(6 markah)

(b) Tukar ayat aktif di bawah kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya.

    (i)    Ibu bapa perlu memantau penglibatan anak-anak dalam dunia hiburan agar mereka tidak hanyut dalam arus glamor.

    (ii)    Kerajaan melancarkan Kempen Budi Bahasa dan Nilai-nilai Murni untuk mendekatkan semula masyarakat dengan budaya bangsa

            yang semakin dilupakan oleh generasi pada masa kini.

    (iii)    Kegiatan orang tengah yang sering memanipulasi para petani membantutkan usaha kerajaan untuk meningkatkan penglibatan

            rakyat dalam bidang pertanian.

(6 markah)

(c) Dalam setiap ayat di bawah terdapat kesalahan penggunaan ejaan dan imbuhan. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan itu dengan menulis ayat-ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

   (i)  Di samping bidang perindustrian, kerajaan juga sedang mengiatkan usaha untuk kemajuan sektor pertanian bagi mencapai sasaran  sebagai sebuah negara maju              menjelang 2020.

    (ii)    Dengan mengkuasai pelbagai bahasa, seseorang itu mampu mendapatkan tempat yang lebih baik dalam pasaran kerja.

    (iii)    Orang ramai berpusu-pusu hadir rumah terbuka yang diadakan di kediaman resmi Perdana Menteri.

                                                                                                                                                                                                                                                (6 markah)

 

(d) Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan peribahasa yang sesuai dengan situasi ayat-ayat tersebut.

    (i)    "Kamu perlu menabung sebahagian gaji kamu untuk persediaan semasa kecemasan," kata ibu kepada Samad.

    (ii)    "Walaupun kita berjauhan saya tetap tidak akan melupakan kamu kerana kamu ialah kawan saya yang paling akrab," kata farah kepada Fazlin.

    (iii)    Selepas seminggu begnya diragut, suaminya pula terkorban dalam kemalangan jalan raya.

                                                                                                                                                                        (6 markah)

____________________________________________________________________________________________________________________________

Kerja Musim Cuti Pertengan Semester 1 (Mac 2008)

 

 

Bahasa Melayu Tingkatan Empat

Jawab semua soalan.

Latihan 1

Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan anda faham akan maksud dan penggunaannya.

duduk    -    duduk-duduk                   

kuda    -    kuda-kuda

jalan    -    jalan-jalan   

rata    -    rata-rata

sedu    -    sedu-sedan

suku    -    suku-sakat

jemput    -    undang

mengindahkan    -    mengendahkan

belot    -    belut

rebus

tanak

masak

kukus

 

Latihan 2

Dalam ayat-ayat di bawah terdapat penggunaan kata atau istilah yang tidak sesuai. Tulis semula ayat-ayat di bawah dengan menggantikan kata atau istilah tersebut.

1. Rakyat Iraq sanggup berjuang demi melepaskan tanah air daripada ikatan penjajahan Barat terutama Amerika Syarikat.

2. Hospital Besar Kuala Lumpur mendudukkan seorang pengawal keselamatan di setiap bilik yang memberi kesihatan kepada banduan-banduan.

3. Masalah disiplin di kalangan pelajar semakin meninggi dan ini amat merosakkan pelbagai pihak.

4. Sifat kasih dan sayang sesama insan tanpa mengira keturunan dan latar belakang perlu diberi sejak kecil lagi.

5. Di pagi hari yang dingin itu para pendaki-pendaki gunung telah memulakan pendakian kita ke puncak gunung.

6. Pelabuhan Umm Qasar merbahaya kepada tentera Pertubuhan Pakatan Bersekutu kerana banyak periuk apa terpasang oleh pihak Iraq.

 

Latihan 3

Tulis semula ayat cakap ajuk di bawah dalam bentuk cakap pindah. Anda diminta mengekalkan maksud asalnya.

1. "Abang, bolehkah saya bantu abang ci kereta ayah?" tanya adik kepada abang.

2. "Jemputlah datang ke rumah kami apabila ada masa lapang," kata ibu kepada Cikgu Azhar.

 

Latihan 4

Ayat-ayat di bawah mempunyai satu perkataan yang tertinggal. Tulis semula setiap ayat dengan menambah perkataan yang tertinggal itu dan garislah perkataan yang anda tambah itu.

1. Emak selalu menasihati abang yang balik malam kerana berjumpa rakan-rakannya.

2. Berbagai-bagai fesyen terkini untuk remaja dipamerkan di gedung beli-belah tersebut sempena pembukaan rasminya.

3. Nenek kebayan selalu dalam cerita-cerita dongeng.

4. Manusia pada abad ini telah berbagai-bagai kemajuan yang tidak pernah terfikir pada zaman dahulu.

 

 

Jadikan kejayaan Azali sebagai pendorong kejayaan kita kelak!

Makan kurma dan berpuasa, rahsia Azali capai 20 1A
12-03-2008 06:32:19 PM

PUTRAJAYA: “Tidak ada rahsia, cuma saya amalkan makan kurma dan minum madu setiap hari serta berpuasa sepanjang peperiksaan selain banyak bersabar dan konsisten dalam mengulangkaji,” kata Azali Aznan, 17 daripada SMKA Yan, Kedah apabila ditanya mengenai rahsia kejayaannya mendapat 20 1A dan 1 2A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2007.

Azali yang merupakan calon tunggal mengambil 21 mata pelajaran dalam SPM tahun lalu begitu bersyukur kerana segala usahanya selama ini berhasil.


Azali bersama seorang lagi pelajar cemerlang, Quek Khai Ren dari Mentakab

“Alhamdulillah, saya begitu bersyukur dan sungguh tidak menyangka mencapai keputusan yang cemerlang memandangkan saya hanya mendapat 18A1 dan 3A2 semasa peperiksaan percubaan.

“Justeru saya mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa dan guru-guru yang mengajar saya daripada tadika hingga sekolah menengah kerana ini bukan kejayaan saya seorang tetapi kejayaan kami bersama,” katanya selepas diumumkan sebagai antara pelajar cemerlang SPM 2007 oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Datuk Alimuddin Mohd Dom, di sini, Rabu.

Antara mata pelajaran yang diduduki Azali adalah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Pendidikan Islam, Mathematics, Science, Kesusateraan Melayu, Geografi, Bahasa Arab Tinggi, Perdagangan, Prinsip Akaun, Ekonomi Asas, Physics, Chemistry, Biology, Tasawwur Islam, Pendidikan al-Quran dan al-Sunnah, Pendidikan Syariah Islamiah, Pendidikan Seni Visual, English for Science & Technology dan Additional Mathematics.

 

Ditanya apa yang mendorongnya mengambil banyak mata pelajaran dalam SPM, beliau yang juga pernah mendapat anugerah Tokoh Nilam Kebangsaan tahun lalu, berkata itu hanya untuk kepuasan dirinya dan juga untuk ibu bapa serta guru.

“Saya tidak pernah berniat untuk menandingi sesiapa, cuma saya rasa mampu untuk melakukannya dan ia berhasil,” kata Azali yang juga aktif dalam aktiviti ko-kurikulum di sekolahnya.

 
Bersama ibu bapanya yang banyak memberi dorongan

Azali berkata, hanya 12 mata pelajaran yang menawarkan pembelajaran di dalam kelas manakala bagi sembilan mata pelajaran lagi, beliau hanya mengulangkaji sendiri.

“Justeru, saya banyak melakukan solat hajat memohon supaya diberikan petunjuk dan bertawakal kepada Allah,” katanya.

Azali berkata, beliau juga tidak mempunyai jadual pembelajaran kerana padanya itu akan membuat beliau berasa tertekan.

“Jika ada jadual, kita akan rasa tertekan kerana perlu mengikut jadual yang kita tetapkan itu.

“Justeru, saya hanya belajar apabila saya bersemangat tetapi pastikan semangat itu selalu ada,” kata anak kepada pasangan guru, Azlan Osman dan Rozita Sarapir yang berasal dari Sungai Petani, Kedah ini.

Azali berkata, jika diberi peluang, beliau ingin menyambung pelajarannya dalam bidang bioteknologi di Amerika atau United Kingdom.

“Bagaimanapun, saya sebenarnya tidak kisah sama ada belajar di dalam mahu pun di luar negara asalkan cita-cita saya ingin menjadi seorang professor tercapai,” katanya.